Monday, January 31, 2011

PEMBANTU TADBIR (P/O) N17

SEKOLAH SAINS SOSIAL
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH


IKLAN DALAMAN

PEMOHON-PEMOHON YANG TERDIRI DARIPADA WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERKELAYAKAN DAN BERMINAT ADALAH DIPELAWA UNTUK MENGISI KEKOSONGAN BAGI JAWATAN SEPERTI BERIKUT:



PEMBANTU TADBIR (P/O) N17


KUMPULAN : Sokongan

TARAF PERKHIDMATAN : Sambilan

JADUAL GAJI : N17

GAJI POKOK : RM820.38
ITKA : RM115.00
BIW : RM205.10



SYARAT LANTIKAN


a) Warganegara Malaysia;



b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;



c) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya

5 kepujian; termasuk



d) Kepujian Bahasa Malaysia/Melayu (termasuk lulus ujian lisan) atau kelulusan yang

diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;



e) Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mahir dalam bidang IT



CARA MEMOHON UNTUK JAWATAN DI ATAS :



a) Pemohon dikehendaki menghantar 3 salinan Resume/Curriculum Vitae (CV)

berserta 3 keping gambar terkini berukuran passport.


b) Pemohon perlulah meletakkan alamat yang boleh dihubungi berserta no. telefon dan

telefon bimbit (jika ada). Pemohon yang layak untuk ditemuduga akan dihubungi melalui telefon.


c) Semua permohonan hendaklah disertakan bersama-sama dengan 4 salinan dokumen-

dokumen yang telah disahkan benar seperti

berikut:

i) Salinan Sijil atau salinan keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan

yang diisyaratkan;



ii) Salinan Kad Pengenalan;



iii) Salinan Sijil Kelahiran;



iv) Salinan lain-lain sijil yang boleh menyokong permohonan anda



d) Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada:



Penolong Pendaftar

Sekolah Sains Sosial

Universiti Malaysia Sabah

Jalan UMS

88400 Kota Kinabalu



TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 8 Februari 2011 (Selasa)

Sebelum Jam 05:00 Petang