Wednesday, September 26, 2012

PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17

PEMOHON-PEMOHON YANG TERDIRI DARIPADA WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERKELAYAKAN DAN BERMINAT ADALAH DIPELAWA UNTUK MENGISI KEKOSONGAN BAGI JAWATAN SEPERTI BERIKUT :


PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17

KUMPULAN : Sokongan
TARAF PERKHIDMATAN : Sambilan

JADUAL GAJI
GAJI POKOK : RM 35.67 (SEHARI)
ITKA : RM 5.00 (SEHARI)
BIW : RM 8.92 (SEHARI)



SYARAT LANTIKAN


a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;

c) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian;termasuk

d) Kepujian Bahasa Malaysia/Melayu (termasuk lulus ujian lisan) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

e) Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mahir dalam bidang IT dan boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Inggeris.
CARA MEMOHON UNTUK JAWATAN DI ATAS :

a) Pemohon dikehendaki menghantar 2 salinan Resume/Curriculum Vitae ( CV ) berserta 2 keping gambar terkini berukuran pasport.

b) Pemohon perlulah meletakkan alamat yang boleh dihubungi berserta no. telefon dan telefon bimbit. Pemohon yang layak untuk ditemuduga akan dihubungi melalui telefon.

c) Semua permohonan hendaklah disertakan bersama-sama dengan 2 salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan benar seperti berikut:


i) Salinan Sijil SPM;

ii) Salinan Kad Pengenalan;

iii) Salinan Sijil Kelahiran;

iv) Salinan lain-lain sijil yang boleh menyokong permohonan anda.


Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada:


Ketua
Unit Penyelidikan dan Pembangunan Keusahawanan
Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi
Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS
88400 Kota Kinabalu


TARIKH IKLAN : 24 SEPTEMBER 2012


TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 24 OCTOBER 2012