Monday, September 3, 2012

Kekosongan Pembantu Belia dan Sukan Serta Pembantu Am Pejabat

PEMOHON-PEMOHON YANG TERDIRI DARIPADA WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERKELAYAKAN DAN BERMINAT ADALAH DIPELAWA UNTUK MENGISI KEKOSONGAN BAGI JAWATAN SEPERTI BERIKUT:

Jawatan dan Gred
Pembantu Belia dan Sukan Gred S17 (1 Kekosongan)
Pembantu Am Pejabat Gred N1 (1 Kekosongan)






Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

Klasifikasi : Perkhidmatan dan Sokongan

Taraf Perkhidmatan : KONTRAK JABATAN

Jadual Gaji : Pembantu Belia dan Sukan Gred S17
P1 RM 927.03 (Min) – RM 2,526.03 (Max)

Pembantu Am Pejabat Gred N1
P1 RM 733.54 (Min) - RM 1,782.67 (Max)

KELAYAKAN
Pembantu Belia dan Sukan Gred S17
• Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
• Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam kegiatan belia atau sukan)

Pembantu Am Pejabat Gred N1
• Berkelulusan sekurang-kurangnya di Peringkat Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan boleh membaca dan bertutur dalam bahasa Malaysia dengan baik.

KRITERIA TAMBAHAN:

1. Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan mempunyai pengalaman bekerja 1 hingga 2 tahun dalam bidang berkaitan.
2. Sanggup bekerja lebih masa;
3. Mempunyai perwatakan yang baik dan terhormat;
4. Rajin, berdaya saing dan bertanggungjawab.

CARA MEMOHON:

Pemohon hendaklah menyediakan resume terkini dan dikemukakan kepada :

Sektor Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar, Aras 3, Blok Selatan, Bangunan Canselori, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah. [U.P.: EN. ALVIN AZRIL MAHAT], dengan menyertakan 4 set salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan benar seperti berikut:

1. Salinan Kad Pengenalan;
2. Salinan Sijil Kelahiran;
3. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia;
4. Salinan Sijil Kemahiran (Jika ada);
5. 1 keping Gambar berukuran Pasport [tidak dikembalikan];
6. Salinan lain-lain sijil yang boleh menyokong permohonan.


Sila bawa bersama-sama dokumen asal Kad Pengenalan dan semua sijil yang berkaitan semasa menghadiri temuduga. Hanya calon-calon yang layak sahaja yang akan dipanggil temuduga. Semua Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan. Tarikh tutup iklan permohonan adalah pada

07 September 2012 (Jumaat).

Sebelum

JAM 5.00 PETANG

No comments:

Post a Comment