Thursday, September 13, 2012

PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q41

PEMOHON-PEMOHON YANG TERDIRI DARIPADA WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERKELAYAKAN DAN BERMINAT ADALAH DIPELAWA UNTUK MENGISI KEKOSONGAN BAGI JAWATAN BERIKUT:

PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q41

Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan profesional
Klasifikasi : Perkhidmatan Sains
Taraf Perkhidmatan : SAMBILAN
Gaji : Gaji Pokok-RM 1,300.00
Imbuhan Tetap Khidmat Awam –RM300.00
Bayaran Intensif Wilayah –RM227.50


Kelayakan:
Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Syarat Lantikan:
Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
atau
pelajar yang bakal bergraduat dengan Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Sains pada tahun 2012 juga layak memohon.
Kriteria Tambahan:
1. Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan berbahasa Inggeris, mengendalikan komputer dan mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.
2. Sanggup bekerja lebih masa;
3. Mempunyai perwatakan yang baik dan terhormat;
4. Rajin, berdaya saing dan bertanggungjawab.

Cara Memohon:
Pemohon hendaklah menyediakan resume terkini dan dikemukakan kepada Pejabat Ketua Unit Penyelidikan Air, Sekolah Sains dan Teknologi, Aras Bawah Blok B1, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS,88400 Kota Kinabalu, Sabah. [U.P.: CIK.ZAIAHSHEILA SIDIK], dengan menyertakan 2 set salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan benar seperti berikut:
1. Salinan Kad Pengenalan;
2. Salinan Sijil Kelahiran;
3. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia;
4. Salinan transkrip keputusan Ijazah Sarjana Muda dan surat pengesahan akan bergraduat daripada pihak Universiti (bagi yang bakal bergraduat)
5. Salinan Sijil Kemahiran (Jika ada);
6. 1 Keping gambar berukuran Pasport [tidak dikembalikan];
7. Salinan lain-lain sijil yang boleh menyokong permohonan.

Sila bawa bersama-sama dokumen asal kad pengenalan dan semua sijil yang berkaitan semasa menghadiri temuduga. Hanya calon-calon yang layak sahaja yang akan dipanggil temuduga. Semua permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan. Tarikh tutup iklan permohonan adalah pada


19 SEPTEMBER 2012 (RABU)
Sebelum
JAM 5.00 PETANG

No comments:

Post a Comment