Thursday, June 21, 2012

JURURAWAT (PENGAJAR KLINIKAL) GRED U32

PEMOHON-PEMOHON TERDIRI DARIPADA WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERKELAYAKAN DAN BERMINAT ADALAH DIPELAWA UNTUK MENGISI KEKOSONGAN BAGI JAWATAN:


JURURAWAT (PENGAJAR KLINIKAL)
GRED U32 – KONTRAK
KEKOSONGAN - 6




KLASIFIKASI : Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan
KUMPULAN : Pelaksana
TARAF : Kontrak
GAJI POKOK : P1T1 RM2,214.00 (Gaji Minimum ) -
RM4,286.71 (Gaji Maksimum)
ELAUN : ITKA : RM160.00
ITP : RM180.00
BIW : Kadar Peratusan yang ditetapkan dpd Gaji yang diterima
ELAUN KRITIKAL: 15% dpd Gaji Pokok

SYARAT LANTIKAN DAN KELAYAKAN:

1. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

2. Diploma dalam Kejururawatan daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.

3. Mempunyai pengalaman mengajar klinikal kejururawatan minimum selama 3 tahun.

4. Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.



CARA MEMOHON:

1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang yang boleh diperolehi dari Pejabat Am Sekolah Perubatan dengan harga RM1.00 (tunai).

2. Borang permohonan tersebut perlu disertakan sesalinan Resume / Curriculum Vitae (CV) berserta sekeping gambar terkini berukuran paspot.

3. Pemohon perlu memaklumkan nombor telefon mudahalih dan alamat emel untuk urusan panggilan temuduga.

4. Semua permohonan hendaklah disertakan bersama-sama dengan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan benar seperti berikut:

a. Salinan sijil diploma serta salinan transkrip keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang disyaratkan

b. Salinan kad pengenalan

c. Salinan sijil kelahiran

d. Salinan lain-lain sijil yang boleh menyokong permohonan jawatan

e. Borang permohonan hendaklah dikemukakan dalam empat (4) salinan


5. Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada:

Unit Sumber Manusia
Pejabat Am
Sekolah Perubatan
Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS
88400 Kota Kinabalu


TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 29 Jun 2012
(Sebelum jam 5.00 petang)











No comments:

Post a Comment