Wednesday, June 27, 2012
KAPTEN BERSEKUTU (PA)
KEKOSONGAN
1. UMS Kota Kinabalu – Satu (1) kekosongan
2. UMS Kampus Antarabangsa Labuan – Dua (2) kekosongan
3. UMS Kampus Sandakan – Dua (2) kekosongan
SYARAT LANTIKAN DAN KELAYAKAN:
1. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
2. Sekurang-kurangnya mempunyai Ijazah Sarjana Muda dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;
3. Tidak berdaftar dengan mana-mana badan beruniform atau sukarelawan;
4. Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
CARA MEMOHON:
Calon-calon yang berminat hendaklah menghantara Curriculum Vitae (CV) berserta sekeping gambar terkini berukuran paspot bersama salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan benar seperti ijazah dan kad pengenalan terbaru serta apa-apa dokumen yang boleh menyokong permohonan tersebut. Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada:
Lt. Kol. (PA) Prof. Madya Dr. Ismail Ali
Markas Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (SISPA)
d/a Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa
Universiti Malaysia Sabah
88400 Kota Kinabalu
CATATAN: Calon-calon yang terpilih akan menjalani ujian fisikal/daya tahan (darat dan laut) dan ujian psikologi terlebih dahulu sebelum dipanggil untuk temuduga.Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di talian Tel: 088-320238dan Fax: 088-435708.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN:
20 Julai 2012 sebelum jam 5.00 petang.
Labels:
Kapten bersekutu (PA)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment