Wednesday, July 4, 2012
Penolong Pegawai Tadbir Gred N27
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Klasifikasi : Perkhidmatan Pentadbiran, Sains dan Kemahiran
Taraf Perkhidmatan : KONTRAK JABATAN
Jadual Gaji : Penolong Pegawai Tadbir Gred N27
P1 RM 1,361.14 (Min) – RM 3,565.62 (Max)
Kelayakan:
• Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
LANTIKAN KE GRED N27
• Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; ATAU
• Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; ATAU
• Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU
• Diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. DAN
• Kepujian B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
KRITERIA TAMBAHAN:
1. Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan mempunyai pengalaman bekerja 1 hingga 2 tahun sebagai Pembantu Tadbir (P/O) atau Juruteknik.
2. Sanggup bekerja lebih masa;
3. Mempunyai perwatakan yang baik dan terhormat;
4. Rajin, berdaya saing dan bertanggungjawab.
CARA MEMOHON:
Pemohon hendaklah menyediakan resume terkini dan dikemukakan kepada Sektor Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar, Aras 3, Blok Selatan, Bangunan Canselori, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah. [U.P.: EN. ALVIN AZRIL MAHAT], dengan menyertakan 4 set salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan benar seperti berikut:
1. Salinan Kad Pengenalan;
2. Salinan Sijil Kelahiran;
3. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia;
4. Salinan Sijil Kemahiran (Jika ada);
5. 1 keping Gambar berukuran Pasport [tidak dikembalikan];
6. Salinan lain-lain sijil yang boleh menyokong permohonan.
Sila bawa bersama-sama dokumen asal Kad Pengenalan dan semua sijil yang berkaitan semasa menghadiri temuduga. Hanya calon-calon yang layak sahaja yang akan dipanggil temuduga. Semua Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan.
Tarikh tutup iklan permohonan adalah pada
11 JULAI 2012 (RABU).
Sebelum
JAM 5.00 PETANG
20 Julai 2012 sebelum jam 5.00 petang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment